Semoga kita senantiasa mampu mengingat dan
memaknai cerita ini untuk terus berbenah dan menjadi berbekal,
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang
wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu
membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh
buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman
gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para
sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada
mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah
habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi
ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap
Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW
menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada
di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak
akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,
dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang
kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah
SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
1 komentar:
The Casinos & Hotel (New York) - MapYRO
The casinos & hotels in New York City (New York) area. 전라남도 출장샵 This 사천 출장샵 map 나주 출장샵 of the casinos & 청주 출장샵 hotels in New York City 영주 출장샵 (New York) area.